Tuesday, May 5, 2009

boleh tahan sengal nie...

Tiga orang asli yang berkawan baik tidak pernah keluar dari pedalaman suatu hutan, Satu hari mereka bertiga mahu mencari pengalaman di ibu kota. sebaik tiba di stesen keretapi, mereka beria-ria mahu cuba menaiki keretapi tersebut.

Sebelum itu mereka telah membeli sebungkus "jajan" (snek) yang tidak pernah mereka makan sebelum ini. ketika berada dalam keretapi, mereka sangat seronok sekali.Dalam keseronokan itu, seorang dari mereka teringat akan jajan yang dibeli mereka, laludia makan tanpa mempelawa kawan-kawannya. sebaik sahaja dia makan, keretapi itu melalui terowong dan menyebabkan keadaan gelap seketika.

Sebaik terowong lepas, dia bertanya pada kawan-kawannya," kamu sudah makan ini."
kedua-dua kawannya menggelengkan kepala.

"Hurm... kamu jangan makan. tadi aku makan satu tiba-tiba saja mataku gelap sebentar... " katanya lagi...

No comments:

Post a Comment